Tuesday, 28 May 2013

Info Stock Perahan Susu Ibu

Berapa Lama Stok Perahan Susu ibu Tahan? Mommies, jom baca utk kebaikan si manja!! :)

1. Susu yang baru diperah:

Tahan selama 4 jam dalam suhu bilik. Tapi di galakkan terus masuk fridge lpas pump.

Tahan sehingga 8 jam dalam bilik berhawa dingin.

Tahan sehingga 12jam di dalam cooler box / bag. Tp mesti kena support dgn icepack / brite ice yang banyak.

Susu yang dimasukkan dalam fridge tahan sehingga 4 hari di bahagian fridge bawah. Ketahanan 4 hari ni adalah pada bahagian paling dalam dan berdekatan ngan freezer. Kalau letak pada bahagian tepi tahan 2 hari je.


2. Susu yang dibekukan:

Peti ais 1 pintu : 2 minggu
Peti ais 2 pintu : 3 bulan
Deep freezer/chest freezer : 6 bulan (sebenarnya lebih tapi WABA state just 6 months to maintain the nutrient)


3. Susu beku yang sudah dicairkan:

Mesti digunakan dalam tempoh 24 jam dari masa selepas cair.


4.Susu yang dipanaskan: 

Mesti dihabiskan dalam tempoh 1 jam.

Seandainya diberi fresh EBM dan masih ada baki susu, susu tersebut boleh disimpan semula ke dalam fridge untuk penyusuan berikutnya.

Susu yang telah dipanaskan TIDAK boleh dibekukan semula. ELAKKAN untuk memanaskan susu berulang kali. Ini akan mengurangkan khasiat di dalamnya.

Bagaimana nak tahu susu itu masih elok atau tidak? Biasakan diri untuk merasa susu yang baru diperah.

Adalah NORMAL susu yang disimpan di dalam fridge atau tempat beku berbau tengit sekiranya diletak berhampiran bahan mentah seperti daging/ikan/ayam! Jadi, kalw boleh, elakkan dari meletakkan EBM bersama2 dgn daging/ayam/ikan




Sy harap info ni dapat membentu mommies semua ye.. :)

***************************************
Miss Mama
SID 919091
019-3514245

No comments:

Post a Comment